Universiti Sains Malaysia (USM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 26 Ogos 2022. Sejajar itu, USM melaksanakan program kesedaran pentauliahan kepakaran yang dikenali Cendekia Bitara. USM juga merupakan satu laluan alternatif untuk permohonan pentauliahan kepakaran MBOT Graduate Technologist (GT), Professional Technologist (TS) dan Certified Technician (Tc) untuk warga USM (pelajar dan Kakitangan) serta warga awam yang memiliki kepakaran dan pentauliahan dalam 24 bidang Teknologi MBOT. Malaysia Board of Technologist (MBOT), merupakan satu badan professional yang ditubuhkan melalui Akta 768 yang merangkumi pentauliahan kepakaran Teknologis dan Juruteknik. Terdapat 24 bidang yang diiktiraf oleh MBOT.